PENGGUNAAN MOTIF DAN ORNAMENTASI CINA DALAM PEMBINAAN RUMAH WARISAN: KAJIAN KE ATAS RUMAH DEMANG ABDUL GHANI
Keywords:
Motif,, Ornamentasi, Rumah, Warisan, Demang Abdul GhaniAbstract
Rumah Demang Abdul Ghani adalah merupakan rumah tinggalan yang telah di gazetkan sebagai muzium di bawah Jabatan Warisan Negeri Melaka. Rumah yang dibina pada penghujung abad ke 18 ini mempunyai nilai seni yang tinggi kerana dibina dengan beberapa campuran motif dan seni bina yang pelbagai seperti Inggeris, Jawa, Protugis, Belanda dan China. Namun begitu, kajian ini hanya memfokuskan kepada motif dan ornamentasi Cina yang terdapat dalam rumah ini. Objektif pertama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji bentuk motif dan ornamentasi Cina yang terdapat pada rumah ini. Objektif kedua pula mengkaji makna tersirat yang terdapat disebalik penggunaan motif Cina di rumah berkenaan. Kajian ini menggunakan metod pemerhatian bagi mengumpul data dan metod deskriptif bagi membuat tafsiran pada setiap motif. Hasil kajian mendapati motif dan ornamentasi Cina pada rumah ini merangkumi tiga jenis kategori iaitu bunga, haiwan dan kosmos. Kesemua motif ini saling berkait dan mempunyai maksud tersirat yang dianggap dapat memberikan kebaikan dan kebaikan kepada penghuni rumah mengikut falsafah dan budaya masyarakat Cina.