MASJID WARISAN KAMPUNG LAUT: KHAZANAH SENI BINA MELAYU-ISLAM TERTUA DI MALAYSIA

THE HERITAGE MOSQUE OF KAMPUNG LAUT: THE OLDEST TREASURE OF MALAY-ISLAMIC ARCHITECTURE IN MALAYSIA

Authors

  • Mohd Khairul Nizam Mat Yusoff Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia
  • Afifah Azmi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/JTHEM.1040007

Keywords:

Masjid Kampung Laut (Kampung Laut Mosque), Melayu-Islam (Malay-Islamic Identity), Pemuliharaan (Conservation), Sejarah (History), Warisan Seni Bina (Architectural Heritage)

Abstract

Masjid Kampung Laut di Kelantan merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia dan dianggap sebagai lambang keagungan seni bina Melayu-Islam. Seni bina uniknya, termasuk penggunaan struktur kayu tanpa paku, mencerminkan kepakaran tukang Melayu tradisional serta adaptasi terhadap persekitaran tropika. Namun, masjid ini berdepan pelbagai cabaran, antaranya pemeliharaan fizikal akibat usia dan faktor cuaca, kurangnya kesedaran masyarakat terhadap nilai sejarahnya serta komersialisasi yang boleh menjejaskan fungsi utamanya sebagai tempat ibadah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejarah pembinaan masjid, menganalisis keunikan seni binanya serta mengenal pasti usaha-usaha pemeliharaan dan konservasi masjid sebagai warisan Islam yang berharga. Pendekatan kualitatif digunakan melalui kajian literatur, temu bual dengan ahli sejarah dan masyarakat setempat serta pemerhatian lapangan bagi menilai keadaan semasa masjid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Masjid Kampung Laut bukan sahaja sebuah struktur fizikal, tetapi juga simbol penyatuan komuniti dan pusat penyebaran Islam di rantau ini. Keunikan seni binanya berpotensi dijadikan rujukan penting dalam kajian seni bina tradisional. Pemeliharaan yang rapi serta pendidikan kepada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan masjid ini terus dihargai oleh generasi akan datang. Kesimpulannya, Masjid Kampung Laut merupakan khazanah warisan yang perlu dipelihara melalui usaha bersepadu, merangkumi pemeliharaan fizikal, peningkatan kesedaran budaya, serta pengurusan pelancongan yang lestari.

The Kampung Laut Mosque in Kelantan stands as one of the oldest surviving mosques in Malaysia and represents an enduring legacy of traditional Malay-Islamic architecture. Its distinctive construction, notably the use of timber without nails, showcases the ingenuity of traditional Malay craftsmanship and reflects thoughtful adaptation to the tropical climate. Despite its historical significance, the mosque faces several challenges, including physical deterioration due to age and environmental conditions, limited public awareness of its heritage value, and the threat of commercialization potentially diminishing its religious role. This study seeks to examine the historical context of the mosque’s construction, analyze its architectural uniqueness, and evaluate current preservation and conservation efforts undertaken to safeguard this valuable Islamic heritage. A qualitative methodology is employed, incorporating literature review, interviews with historians and local community members, as well as direct field observations to assess its current state. The findings indicate that Kampung Laut Mosque is more than a historical structure it serves as a unifying symbol of community identity and a vital node in the spread of Islam in the region. Its architectural significance offers rich potential for further research in traditional Malay design. To ensure its continued appreciation by future generations, strategic preservation measures, increased cultural awareness and sustainable tourism management are essential.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-01

How to Cite

Mohd Khairul Nizam Mat Yusoff, & Afifah Azmi. (2025). MASJID WARISAN KAMPUNG LAUT: KHAZANAH SENI BINA MELAYU-ISLAM TERTUA DI MALAYSIA: THE HERITAGE MOSQUE OF KAMPUNG LAUT: THE OLDEST TREASURE OF MALAY-ISLAMIC ARCHITECTURE IN MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 10(40). https://doi.org/10.35631/JTHEM.1040007