ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODEL PELANCONGAN DIGITAL MENGGUNAKAN REALITI LUASAN (AUGMENTED REALITY) BERBAHASA ARAB UNTUK PELANCONG MUSLIM DI NEGERI SELANGOR
NEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF A DIGITAL TOURISM MODEL USING AUGMENTED REALITY (AR) FOR MUSLIM TOURISTS IN SELANGOR
DOI:
https://doi.org/10.35631/JTHEM.1041005Keywords:
Pelancongan Islamik (Islamic Tourism), Realiti Luasan ( Augmented Reality), Aplikasi Digital (Digital Application), Bahasa Arab ( Arabic Language), Pelancong Muslim (Muslim Tourists), SelangorAbstract
Pelancong Muslim dari Timur Tengah semakin memilih Selangor sebagai destinasi utama pelancongan. Namun, ketiadaan aplikasi pelancongan digital yang menggunakan teknologi Realiti Luasan (AR) dalam bahasa Arab dan berteraskan nilai Islam menyukarkan pengalaman pelancongan yang berkesan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan, kekurangan dan kehendak pelancong Arab Muslim terhadap pembangunan aplikasi pelancongan digital Islamik berasaskan AR di Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada 100 orang pelancong Muslim berbahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyokong keperluan aplikasi pelancongan yang bersifat interaktif, mesra pengguna, mengandungi kandungan Islamik serta menyokong fungsi luar talian dan bahasa Arab. Responden juga menekankan kepentingan ciri seperti waktu solat, arah kiblat, tempat ibadah, serta integrasi GPS dan visualisasi lokasi sejarah Islam. Kajian ini mencadangkan pembangunan aplikasi pelancongan digital yang bersifat responsif, inklusif, dan sensitif terhadap nilai dan keperluan pelancong Muslim. Aplikasi sebegini bukan sahaja berpotensi memperkukuh sektor pelancongan Islam di Selangor, malah dapat menyumbang kepada agenda dakwah kontemporari dan pembangunan ekonomi negeri.
Muslim tourists from the Middle East increasingly select Selangor as a preferred travel destination. However, the absence of digital tourism applications that utilise Augmented Reality (AR) technology in Arabic and reflect Islamic values hampers a meaningful tourism experience. This study aims to identify the needs, limitations, and expectations of Arabic-speaking Muslim tourists in relation to the development of an AR-based Islamic digital tourism application in Selangor. A quantitative survey was conducted involving 100 Muslim tourists. The findings reveal that the majority of respondents support the development of an interactive, user-friendly application that incorporates Islamic content, offline functionality, and Arabic language support. Key features emphasised include prayer times, Qibla direction, places of worship, GPS integration, and Islamic heritage visualisation. The study recommends the development of a responsive and inclusive AR-based tourism application that aligns with the values and expectations of Muslim travellers. Such an application holds potential not only to enhance Islamic tourism in Selangor but also to contribute to contemporary da’wah and regional economic development.