KESAN PENEMPATAN SEMULA TERHADAP MASYARAKAT MURUT DI PEKAN DAERAH NABAWAN, SABAH
Keywords:
Kesan, Penempatan Semula, Masyarakat MurutAbstract
Penempatan semula oleh masyarakat Murut di pekan daerah Nabawan, Sabah telah dilakukan bermula sejak pada tahun 1970-an. Sebelum ini, masyarakat Murut tinggal secara bertaburan antara satu sama lain. Mereka tinggal di sepanjang pesisir sungai sejak berabad-abad lamanya seperti di sungai Tahol, Logongon, Tumalasak, Saliuh, Saliliran dan sebagainya. Namun, selepas negeri Sabah menyertai pembentukan Malaysia 1963 pelbagai usaha kerajaan negeri mahupun persekutuan dalam melakukan agenda-agenda pembangunan demi rakyat dan negara. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penempatan semula terhadap masyarakat Murut di pekan daerah Nabawan, Sabah. Kaedah kualitatif iaitu melalui teknik temu bual semi-struktur, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan data serta maklumat kajian. Hasil dapatan kajian telah memperlihatkan bahawa penempatan semula di pekan daerah Nabawan memberikan kesan positif dari aspek ekonomi iaitu pendapatan isi rumah, pendidikan dan sosial terhadap masyarakat Murut yang terlibat. Akhir sekali, pengkaji berharap agar kajian ini memberikan manfaat kepada pengkaji di masa akan datang.