ASAM PEDAS MELAKA SEBAGAI TEKS BUDAYA: TAFSIRAN SIMBOLIK BAHAN MASAKAN DALAM WARISAN KULINER TIDAK KETARA MELAYU

ASAM PEDAS MELAKA AS A CULTURAL TEXT: SYMBOLIC INTERPRETATION OF COOKING INGREDIENTS IN MALAY INTANGIBLE CULINARY HERITAGE

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJHAM.930001

Keywords:

Asam Pedas Melaka, Gastronomi Melayu (Malay Gastronomy), Tafsiran Simbolik (Symbolic Interpretation), Teks Budaya (Cultural Text), Warisan Kuliner Tidak Ketara (Intangible Culinary Heritage)

Abstract

Kajian ini meneliti asam pedas Melaka sebagai teks budaya yang menyimpan makna simbolik dalam kerangka warisan tidak ketara. Walaupun asam pedas telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan, kajian tentang simbolisme komponen utama asam pedas Melaka masih terhad dalam literatur warisan kuliner Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir simbolisme komponen utama asam pedas Melaka yang meliputi unsur pedas, unsur masam, herba aromatik, unsur manis dan kepelbagaian ikan dalam kerangka tafsiran simbolik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen dengan menggabungkan analisis tema dan tafsiran simbolik. Pentafsiran dibuat berdasarkan ciri fizikal, fungsi gastronomi dan konteks sejarah Melaka sebagai pelabuhan kosmopolitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap komponen utama asam pedas Melaka dapat ditafsirkan sebagai simbol nilai kolektif masyarakat Melayu Melaka. Berdasarkan tafsiran pengkaji, unsur pedas dapat ditafsirkan sebagai lambang ketegasan dan keberanian, unsur masam sebagai simbol keseimbangan dan kebijaksanaan, herba aromatik sebagai cerminan kemurnian nilai dan kesihatan. Unsur manis pula sebagai lambang kesantunan dan kelembutan budi manakala kepelbagaian ikan sebagai simbol keterbukaan budaya masyarakat Melaka. Gabungan variasi rasa yang saling mengimbangi turut mencerminkan falsafah kesederhanaan dan harmoni dalam kehidupan bermasyarakat. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan kajian warisan kuliner Malaysia dari sudut simbolik dan budaya serta menawarkan satu model tafsiran yang boleh diaplikasikan dalam kajian makanan warisan yang lain.

This study examines Asam Pedas Melaka as a cultural text that embodies symbolic meanings within the framework of intangible cultural heritage. Although Asam Pedas has been recognised as a Malaysian national heritage, studies on the symbolism of its main components remain limited in the Malaysian culinary heritage literature. This article aims to interpret the symbolic meanings of the main components of Asam Pedas Melaka, namely spiciness, sourness, aromatic herbs, sweetness and the diversity of fish, within a symbolic interpretation framework. The study adopts a qualitative document analysis approach by integrating thematic analysis and symbolic interpretation. The interpretation is based on the physical characteristics, gastronomic functions and the historical context of Melaka as a cosmopolitan port. The findings indicate that each main component of Asam Pedas Melaka can be interpreted as representing the collective values of the Malay community in Melaka. Based on the researcher's interpretation, spiciness symbolises firmness and courage, sourness represents balance and wisdom, aromatic herbs reflect purity and well-being, sweetness symbolises courtesy and gentleness, while the diversity of fish represents the cultural openness of the Melaka Malay community. The combination of balanced flavours also reflects the philosophy of moderation and harmony in communal life. This study contributes to the advancement of Malaysian culinary heritage studies from symbolic and cultural perspectives while proposing an interpretive model that can be applied to other traditional food heritage studies.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abidin, N. Z., Ishak, N., Ismail, M. N. I., & Juhari, M. A. (2020). A review on the notions of food heritage conservation. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(12), 114–125. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v12-i7/14321

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2024). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. Sage Publications.

Fischler, C. (1988). Food, self and identity. Social Science Information, 27(2), 275–292. https://doi.org/10.1177/053901888027002005

Geertz, C. (1973). The interpretation of cultures. Basic Books.

Herman, J. L., & Matta, R. (2025). Food and UNESCO's intangible cultural heritage journey. Dalam D. Goldstein (Ed.), Oxford research encyclopedia of food studies. Oxford University Press. https://doi.org/10.1093/acrefore/9780197762530.013.145

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2023). Asam pedas. Pemetaan Budaya JKKN. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/957

Jabatan Warisan Negara. (2021). Daftar warisan kebangsaan: Kategori objek warisan tak ketara makanan tradisi. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. https://www.heritage.gov.my/ms/kraf.html?view=article&id=202:objek-warisan-tidak-ketara&catid=17:info-jwn

Kasdan, J., & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Unsur asam dan akal budi Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Meja Bulat "Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur", Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. https://doi.org/10.13140/RG.2.2.22917.96488

Mintz, S. W. (1985). Sweetness and power: The place of sugar in modern history. Viking Penguin.

Mohd Faizal Musa, Suhaini Md Noor, & Muhamad Shafiq Mohd Ali. (Eds.). (2022). Gastronomi Alam Melayu. Penerbit UKM.

Mohd Nazri Abdul Raji, Shahrim Ab. Karim, & Jamilah Hani Esa. (2024). Pengaruh alam dan budaya dalam pembentukan makanan tradisional di Lembah Lenggong, Perak. Kajian Malaysia, 42(2), 261–285.

Mohd Salleh, M., Ismail, F. H., & Mohammad Ramly, A. S. (2022). Pemilihan dan penerimaan masyarakat terhadap makanan warisan di Malaysia. Dalam Pelestarian warisan makanan tradisional Melayu, Siri 1 (hlm. 154–166). Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA. (eISBN: 978-983-3862-59-7)

Mohd Sanip, M. N. A., & Mustapha, R. (2020). The role of gastronomic tourism education in sustaining Malaysian heritage food. Dalam Proceedings of Tourism Development Centre International Conference, Sustainable Tourism Development in Disaster Prone Destinations. https://doi.org/10.2478/9788395720406-002

Nopiah, J., Nor Hashimah Jalaluddin, & Kasdan, J. (2018a). Makanan 'berangin' dan 'berbisa' dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(1), 27–40. https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0601-03

Nopiah, J., Nor Hashimah Jalaluddin, & Kasdan, J. (2018b). Refleksi gastronomi dalam komunikasi: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 185–201. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3401-11

Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Ulam-ulaman dan akal budi Melayu. Dalam Prosiding Seminar Gastronomi Melayu Kebangsaan (SEGEMUK 2019) (hlm. 59–76). Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roslan, A. R. (2021). Melaka as a food tourism destination in Malaysia: Domestic tourist experience. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM). https://www.jthem.com

Saffinee, S. S., & Wan Nazri Che Mat Safiee. (2024). Kearifan tempatan dalam pelancongan gastronomi halal sebagai model pemeliharaan alam sekitar di dunia Melayu. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8(Special Edition, Issue 1), 93–106.

Suhaini Md Noor & Mohd Faizal Musa. (2021). Fungsi makanan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu: Satu kajian teks cerita rakyat. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(2), 59–67. https://doi.org/10.17576/jatma-2021-0902-06

Zawiah Mat, Faridah Che Husain, Harliana Halim, Waqar Muhammad Akbar, & Mohd Syariefudin Abdullah (2025), Governance, Culture, and Legacy of Melaka on Shaping Malaysia's Nation Building, IJRISS. DOI: 10.47772/IJRISS.2025.91100323

Downloads

Published

2026-09-10

How to Cite

Muheji, M. M. M. (2026). ASAM PEDAS MELAKA SEBAGAI TEKS BUDAYA: TAFSIRAN SIMBOLIK BAHAN MASAKAN DALAM WARISAN KULINER TIDAK KETARA MELAYU: ASAM PEDAS MELAKA AS A CULTURAL TEXT: SYMBOLIC INTERPRETATION OF COOKING INGREDIENTS IN MALAY INTANGIBLE CULINARY HERITAGE. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 9(30), 01–18. https://doi.org/10.35631/IJHAM.930001