SKOR PENILAIAN SUMATIF DALAM KURSUS PEMAKANAN HALAL

Authors

  • Mohd Amzari Tumiran Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Mohd Zaid Daud Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Nur Farhani Zarmani Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Keywords:

Kursus Pemakanan Halal, Penilaian Sumatif, Laporan Bertulis, Ujian Bertulis

Abstract

Penilaian sumatif ialah jenis penilaian yang lazim digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesebuah kursus akademik. Namun begitu, kepelbagaian kaedah penilaian sumatif lazim memperlihatkan tahap pencapaian yang berbeza. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan skor pencapaian akademik yang melibatkan penilaian sumatif dalam kursus pemakanan halal. Kajian melibatkan pelajar tahun akhir kursus pemakanan halal di peringkat diploma (n=65) di Universiti Teknologi MARA. Perbandingan statistik dibuat menggunakan analisis Ujian-t menerusi perisian IBM SPSS Statistics. Keputusan analisis memperlihatkan perbezaan signifikan dicatatkan pada skor Laporan Bertulis (M = 24.02, SD = 2.32) berbanding Ujian Bertulis (M = 23.22, SD = 2.53) dengan; t(64) = 1.999, ρ = 0.05. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan pencapaian Laporan Bertulis yang lebih tinggi berbanding Ujian Bertulis adalah disebabkan sokongan ICT sebagai kemudahan pembelajaran dalam talian.

Downloads

Published

2021-09-15

How to Cite

Mohd Amzari Tumiran, Mohd Zaid Daud, & Nur Farhani Zarmani. (2021). SKOR PENILAIAN SUMATIF DALAM KURSUS PEMAKANAN HALAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF HALAL ECOSYSTEM AND MANAGEMENT PRACTICES (IJHEMP), 1(1), 20–26. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhemp/article/view/42