PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN DALAM KALANGAN PELAJAR INDIA DI DAERAH HULU LANGAT

Authors

  • Kavitha Sri Davaidass University Pendidikan Sultan Idris
  • Suppiah Nachiappan University Pendidikan Sultan Idris
  • Charles Ganaprakasam University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Persekitaran Keluarga, Tingkah Laku Devian, Remaja Beretnik India, Daerah Hulu Langat, Malaysia

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti perhubungan diantara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian dalam kalangan pelajar remaja beretnik India di Daerah Hulu Langat. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah harian di Daerah Hulu Langat. Searamai 70 orang pelajar tingkatan empat beretnik India yang mempunyai rekod disiplin telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi keseluruhan instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 0.874. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Analisis deskriptif digunakan untuk mengukur frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan dengan persekitaran keluarga terhadap tingkah laku devian pelajar beretnik India dalam kajian ini. Manakala ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan antara jantina dan tingkah laku devian. Hasil kajian merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tingkah laku, gaya asuhan dan kepatuhan kepada agama dengan tingkah laku devian. Walau bagaimana pun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kasih sayang ibubapa dengan tingkah laku devian. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku devian pelajar lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian juga menjelaskan bahawa tingkah laku devian dalam kalangan pelajar remaja beretnik India di Daerah Hulu Langat adalah berada pada tahap yang kritikal. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak yang tertentu untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah kelakuan devian dalam kalangan remaja yang beretnik India.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Kavitha Sri Davaidass, Suppiah Nachiappan, & Charles Ganaprakasam. (2024). PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN DALAM KALANGAN PELAJAR INDIA DI DAERAH HULU LANGAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/337