PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DI NEGERI PAHANG: SATU ANALISIS
Keywords:
Program Pengimarahan Masjid, Persepsi MasyarakatAbstract
Kajian ini bertujuan melihat persepsi masyarakat terhadap program pengimarahan masjid di negeri Pahang. Seramai 30 orang responden telah dipilih dalam kajian ini yang terdiri dari lelaki seramai 18 orang dan wanita terdiri dari 12 orang. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitif. Kajian ini berbentuk deskriptif dan data telah dianalisis melalui SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan persepsi masyarakat terhadap perjalanan kelas agama di masjid, pengurusan masjid serta penceramah, keseluruhannya minnya adalah tinggi. Sementara itu, dapatan kajian hubungan antara kehadiran jemaah ke masjid dengan personaliti penceramah menunjukkan adanya perhubungan yang sedarhana kuat. Akhir sekali, hubungan antara kehadiran jemaah ke masjid dengan pengisian kuliah harian menunjukkan adanya perhubungan yang sedarhana kuat juga.