PENTERJEMAHAN ARAB MELAYU BAGI KATA KERJA BERIMBUHAN IFTAcALA DALAM SURAH AL-BAQARAH
Keywords:
Padanan, Terjemahan, Imbuhan, Iftacala, Sejadi, KonteksAbstract
Ramai dalam kalangan penterjemah menghadapi kesukaran untuk mencari padanan terjemahan kata kerja berimbuhan Arab yang paling tepat ke dalam bahasa Melayu. Makalah ini memberikan tumpuan kepada penterjemahan kata kerja berimbuhan iftacala dalam surah al-Baqarah. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana penterjemahan Arab Melayu ini dilakukan dengan baik terhadap kata akar yang dimasukkan dengan kata imbuhan awalan alif pada hadapan katanya dan imbuhan sisipan ta’ yang diletakkan selepas huruf pertama daripada kata akar. Hanya lapan sampel ditemui dalam surah al-Baqarah yang kemudiannya dikaji menggunakan analisis kontrastif dan teori konteks. Kesimpulannya, penterjemahan dilihat berjaya kerana dilakukan dengan baik dan difahami, walau pun terdapat sedikit pengubahsuaian yang dilakukan bermatlamat menjadikan terjemahan lebih berbentuk natural sesuai dengan konteks ayat.