MODEL BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM DI SELANGOR: ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • Mohammad Imran Ahmad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Ghazali Zainuddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Mohammad Najib Jaffar Universiti Sains Islam Malaysia
  • Siti Rosilawati Ramlan Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Bahasa Arab Pelancongan Islam, Model Analisis Keperluan, Keperluan, Kekurangan, Kehendak

Abstract

Kajian ini adalah berdasarkan kepada analisis keperluan linguistik bagi model Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam di Selangor. Kajian ini berasaskan kepada teori Analisis Keperluan Bahasa yang dipelopori oleh Hutchinson dan teori Waters yang mengumpul maklumat mengenai keperluan pelancong Arab dan pengamal industri pelancongan yang terdiri daripada tiga elemen; “keperluan”, “kekurangan” dan “kehendak”. "Keperluan" adalah untuk mengesan faktor pelancong Arab memilih Malaysia khususnya negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan Islam. Manakala “kekurangan” meninjau persepsi mengenai penggunaan bahasa Arab dalam sektor pelancongan Islam. “Kehendak” pula mengkaji kehendak pelancong Arab terhadap penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa pelancongan Islam. Dapatan kajian ini akhirnya mencadangkan modul bahasa Arab untuk pelancongan Islam di Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Ahmad, M. I., Zainuddin, G., Mohammad Najib Jaffar, & Ramlan, S. R. (2024). MODEL BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM DI SELANGOR: ANALISIS KEPERLUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 1(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/341