AKSES TERHADAP INTERVENSI PENGURANGAN KEMUDARATAN: ANALISA HAK ASASI MANUSIA

Authors

  • Yusramizza Md Isa Universiti Utara Malaysia
  • Al-Hanisham Mohd Khalid Universiti Utara Malaysia
  • Mazita Mohamed Universiti Utara Malaysia
  • Marina Md Hashim Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Polisi Dadah, Undang-Undang, Kesihatan Awam, Jenayah, Hak Asasi Manusia

Abstract

Intervensi pengurangan kemudaratan terutama Program Terapi Gantian dengan Metadon dan Program Pertukaran Jarum merupakan strategi penting bagi mengawal masalah penagihan dadah. Justifikasi intervensi ini masih diperbahaskan disebabkan persepsi bahawa strategi tersebut adalah bercanggah dengan polisi dan strategi pengurangan pembekalan dan strategi pengurangan permintaan terhadap dadah yang dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia sejak berabad-abad yang lalu. Oleh itu, perspektif konsep terhadap intervensi pengurangan kemudaratan perlu dicerakin bagi memperkukuhkan justifikasi dan legitimasi intervensi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa justifikasi intervensi pengurangan kemudaratan kepada populasi penagih dadah berdasarkan konsep hak-hak asasi manusia. Selain itu, objektif artikel ini adalah untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi menjamin dan melindungi hak akses penagih dadah terhadap intervensi tersebut secara berterusan. Penulisan artikel ini mengaplikasikan metodologi penyelidikan perundangan kualitatif yang meliputi kedua-dua pendekatan doktrinal dan pendekatan sosio-perundangan. Artikel ini merumuskan hak-hak akses penagih dadah terhadap Program Terapi Gantian dengan Metadon dan Program Pertukaran Jarum. Hal ini demikian disebabkan kedua-dua program tersebut memenuhi hak manusia terhadap kesihatan dan hak kebebasan daripada layanan tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Md Isa, Y., Al-Hanisham Mohd Khalid, Mohamed, M., & Md Hashim, M. (2024). AKSES TERHADAP INTERVENSI PENGURANGAN KEMUDARATAN: ANALISA HAK ASASI MANUSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 1(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/343