STATUS KELESTARIAN BAHASA MINORITI KENTAQ
Keywords:
Kentaq, Orang Asli, Kintak, Kntak Bong, Aslian, PerakAbstract
Isu berkaitan kepupusan bahasa minoriti merupakan perkara yang sangat membimbangkan dan perlu dikawal dengan sebaiknya. Bahasa Kentaq yang dipertuturkan oleh orang Asli Kentaq juga tidak terkecuali dari permasalahan ini. Dengan jumlah penutur seramai 212 orang sahaja (JAKOA Perak, 2015) bahasa ini secara dasar mempunyai potensi kepupusan kerana memiliki jumlah penutur yang begitu kecil sekali. Berdasarkan hakikat ini, pengkaji telah membuat penelitian terhadap pilihan bahasa dalam masyarakat Kentaq bagi menguji status kelestarian bahasa ini. Teori Fishman (1991) dan Tahap Keterancaman Bahasa Berdasarkan Kehilangan Domain menurut Brenzinger et al (2003). telah diterapkan bagi menjawab permasalah ini. Kajian ini telah melibatkan 61 orang responden yang berumur antara 6 hingga 70 tahun yang telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan bola salji. Berdasarkan Teori Fishman (1991) dan Tahap Keterancaman Bahasa Berdasarkan Kehilangan Domain menurut Brenzinger et al. (2003) telah menunjukkan bahawa status bahasa Kentaq masih lestari kerana bahasa ini berada pada Gred 4 iaitu kesetaraan multilingual di mana bahasa ini masih digunakan dalam kebanyakan fungsi domain sosial.