PANDANGAN ISLAM TERHADAP KONSEP KESATUAN AGAMA DALAM BAHAI

Authors

  • Nurhanisah Senin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Khadijah Mohd Khambali @ Hambali Universiti Malaya

Keywords:

Bahai, Kesatuan Agama, Islam

Abstract

Ajaran Bahai yang diasaskan oleh Baha’ullah pada asalnya merupakan salah satu firqah daripada firaq Islam yang muncul pada tahun 1863M. Ajaran ini kemudian menjadi satu agama rasmi dan terkandung di dalamnya unsur-unsur universal yang menarik perhatian penganut-penganut agama lain untuk turut sama menganutinya kerana cirinya yang bersifat universal. Terdapat tiga prinsip utama yang mendasari ajaran Bahai iaitu prinsip keesaan Tuhan, kesatuan agama dan kesatuan umat manusia. Ketiga-tiga prinsip ini pada asasnya bertujuan untuk membentuk keharmonian di antara agama yang akhirnya membawa kepada fahaman menyatukan agama-agama dunia. Fahaman ini bertitik tolak daripada kepercayaan bahawa setiap rasul yang diutuskan kepada agama-agama yang berbeza merupakan utusan dari Tuhan yang satu, tidak wujud kebenaran mutlak dan keselamatan wujud dalam setiap agama. Hasil daripada kajian ini mendapati kesatuan agama yang dibawa dalam ajaran Bahai adalah selaras dengan prinsip pluralisme agama yang merujuk kepada kesamarataan semua agama atas dasar toleransi beragama yang bertentangan dengan dasar pemikiran Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-01

How to Cite

Senin, N., & Mohd Khambali @ Hambali, K. (2024). PANDANGAN ISLAM TERHADAP KONSEP KESATUAN AGAMA DALAM BAHAI. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 1(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/353