PEMEROLEHAN KATA NAMA BAHASA JEPUN MELALUI PENCERITAAN DIGITAL
Keywords:
Penceritaan Digital, Pemerolehan Kata Nama Bahasa Jepun, Social Constructivist, Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK), Pemetaan KonsepAbstract
Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji proses pemerolehan kata nama bahasa Jepun melalui Penceritaan Digital (Digital Storytelling). Penceritaan Digital merupakan kaedah mencipta dan menyampaikan cerita dengan menggunakan peralatan teknologi. Matlamat kajian ini untuk mengenal pasti pola pergerakan antara proses dan menganalisis proses pemerolehan kata nama bahasa Jepun ketika pembikinan Penceritaan Digital. Seramai 9 orang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun sebagai subjek elektif dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dan pendekatan ‘Social Constructivist’ dan juga proses pembikinan Penceritaan Digital Teehan (2006). Data dikumpul melalui data teks hasil kerja pelajar (Pemetaan Konsep, Papan Cerita, Skrip Naratif, Penyuntingan), pemerhatian dan rakaman. Hasil dapatan mendapati kata nama paling banyak terhasil ketika proses Pemetaan Konsep. Selain itu, penemuan baru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran melalui Penceritaan Digital membolehkan pendekatan TPCK dapat dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan bahasa Jepun terutamanya kata nama.