KAJIAN REFLEKSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EMPATI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Keywords:
Empati, Guru, Pelajar, Kesusasteraan Melayu, RefleksiAbstract
Empati merupakan suatu perkara yang melibatkan kognitif dan perasaan seseorang terhadap diri orang lain serta cuba berada dalam situasi mereka yang mempunyai masalah. Dalam bidang pendidikan pula, para guru berperanan untuk membangunkan perasaan empati dalam diri pelajar bagi tujuan membantu mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka bersama dengan guru dan rakan-rakan dalam memupuk aspek nilai dalam diri mereka. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan ilmu yang berkisar aspek budaya, bahasa dan kemanusiaan dalam penceritaannya. Kesesuaiannya sebagai medium empati digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah untuk menganalisis 10 refleksi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran empati yang dibangunkan oleh guru di sebuah sekolah menengah di Kelantan. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualtitatif dengan menggunakan instrumen refleksi pelajar. Refleksi pelajar ditulis berpandukan teori Refleksi Gibbs (1988). Analisis data dengan menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar terbuka dalam menyuarakan perasaan hati mereka tentang sesuatu isu, menggunakan keseluruhan deria untuk mengenal pasti sesuatu isu, dan dapat mengapresiasi perasaan mereka dalam bentuk kreatif seperti sajak. Implikasi kajian menunjukkan, bahawa empati merupakan suatu perkara yang harus digembling bersam-sama ibu bapa dan semua golongan masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang berakhlak sekali gus dapat membenteng gejala sosial yang terjadi dalam masyarakat.