IDENTITI DAN GAYA PENULISAN KARYA INDIE

Authors

  • Nor Hasimah Ismail Universiti Utara Malaysia
  • Nordiana Ab Jabar Universiti Malaysia Kelantan
  • Melor Fauzita Md. Yusoff Universiti Utara Malaysia
  • Mohammad Syawal Narawi Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Novel, Karya Indie, Identiti, Gaya Penulisan Karya Indie

Abstract

Dewasa ini aktiviti penulisan dan penerbitan novel di Malaysia semakin berkembang. Perkembangan novel ini dibahagikan kepada beberapa tahap tertentu. iaitu perkembangan novel tahun 1920an, 1930an, 1946–1949, 1950-an, 1960an, 1970an, 1980an, 1990an dan kini trend genre penulisan novel ialah karya indie. Karya ini banyak diterbitkan dalam blog, twitter, face book dan lain-lain bentuk media sosial. Penulisan karya indie agak berbeza daripada jenis novel yang lain. Karya baharu ini tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang tertentu. Malahan ceritanya berbentuk bebas dan tidak terikat. Karya ini tidak ada editor dan diterbitkan sendiri. Ramai penulis yang menerbitkan buku kerana mahu menyampaikan ekspresi diri masing-masing tanpa ada halangan. Selain mengekpresikan diri, karya indie juga merupakan luahan cerminan masyarakat yang disampaikan dalam bentuk prosa. Kajian ini akan melihat novel karya indie dan akan meneliti identiti dan gaya penulisannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-01

How to Cite

Ismail, N. H., Ab Jabar, N., Md. Yusoff, M. F., & Mohammad Syawal Narawi. (2024). IDENTITI DAN GAYA PENULISAN KARYA INDIE. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 1(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/372