IDENTITI NASIONAL DALAM PENULISAN SAJAK NASIONALISME BAGI PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI
Keywords:
Identiti Nasional, Sajak NasionalismeAbstract
Identiti nasional merupakan suatu tanda atau pengenalan diri seperti aspek bahasa, kesenian, dan cara hidup yang mempunyai persamaan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti identiti nasional yang menjadi pilihan para pelajar bukan penutur jati sewaktu aplikasi kemahiran menulis sajak nasionalisme. Metodologi yang digunakan ialah Pendekatan Kualitatif. Reka bentuk kajian ialah ialah kajian teks yang menggunakan kaedah analisis teks yang mengaplikasikan Teori Pendekatan Struktural. Analisis data berdasarkan sajak yang dibina secara bertema. Peserta kajian terdiri daripada pelajar berbangsa Siam seramai enam orang, pelajar Cina seramai enam orang, dan pelajar India seramai empat orang. Lokasi kajian adalah di sekolah menengah di negeri Kedah dan di negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan, lima isu identiti nasional yang dipilih oleh pelajar-pelajar iaitu Isu Cinta akan negara, Isu Malaysia, Isu Bahasaku, Isu Perpaduan, dan Isu Merdeka. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bukan penutur jati dapat meluahkan perasaan sayang akan negara melalui kemahiran menuIis sajak. Pelajar-pelajar berbangsa Cina, India dan Siam mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negara Malaysia. Implikasi kajian ialah dapat menyuburkan perasaan nasionalisme dalam diri pelajar bukan penutur jati melalui penulisan sajak.