MEDIA INTERAKTIF FORMULA POLA AYAT KATA KERJAAN BAHASA ARAB UNTUK BUKAN PENUTUR

Authors

  • Saipolbarin Ramli Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani University Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Zawawi Awang Hamat University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Kit Media, Formula Ayat, Bahasa Arab, Bukan Penutur

Abstract

Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran yang diajar dalam mata pelajaran bahasa Arab. Sekiranya dilihat dari aspek kaedah penulisan bahasa Arab, ayat kata kerjaan merupakan bentuk ayat yang mudah untuk dikuasai berbanding ayat kata namaan. Namun begitu, data menunjukkan para pelajar masih lagi berhadapan dengan masalah untuk menguasai penulisan ayat kata kerjaan bahasa Arab dengan baik. Keadaan ini berlaku disebabkan amalan penterjemahan langsung yang dilakukan oleh pelajar dari bahasa penutur kepada bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu formula dan aplikasi bina ayat kata kerjaan dalam bahasa Arab. Formula yang digunakan merupakan hasil formula sedia ada yang distrukturkan semula dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Formula ini dikenali sebagai formula buah epal untuk ayat kata kerjaan transitif dan formula pergi ke sekolah untuk ayat kata kerjaan tidak transitif. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen yang disesuaikan dengan Model instruktional ADDIE dan model Integrasi Shulman. Selain itu, inovasi terhadap formula ini dilakukan dengan menghasilkan aplikasi kit media sebagai medium pengajaran dan pengukuhan terhadap formula yang digunakan. Kit media yang dihasilkan adalah berkesan dalam memudahkan pembelajaran ayat kata kerjaan dalam bahasa Arab. Kit media ini juga boleh digunakan sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi atau pun orang awam secara atas talian atau luar talian. Penggunaan kit media ini telah dapat mengubah persepsi terhadap pdpc bahasa Arab sebelum ini yang disifatkan sebagai sterotaip, pasif dan hanya berpusatkan kepada guru kepada pdpc yang lebih interaktif dan berpusatkan pelajar dengan penggunaan media teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-01

How to Cite

Saipolbarin Ramli, Abdul Ghani, M. T., & Mohd Zawawi Awang Hamat. (2024). MEDIA INTERAKTIF FORMULA POLA AYAT KATA KERJAAN BAHASA ARAB UNTUK BUKAN PENUTUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/379