VARIASI PERKATAAN HARI KIAMAT DALAM AL-QUR’AN: SATU TINJAUAN UMUM

Authors

  • Khairul Asyraf Mohd Nathir Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Sukki Othman University Putra Malaysia
  • Wan Muhammad Wan Sulong University Putra Malaysia
  • Nik Farhan Mustapha University Putra Malaysia

Keywords:

Variasi, Perkataan, Hari Kiamat, Al-Qur’an, Pola

Abstract

Variasi perkataan al-Qur’an merupakan salah satu bentuk kemukjizatan yang tiada tolak bandingnya. Setiap variasi perkataan mempunyai perbezaan walaupun secara literalnya mempunyai makna yang sama, salah satunya adalah perkataan hari kiamat. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola variasi perkataan kiamat dalam al-Qur’an dengan membentuk kategori berdasarkan kekerapan penggunaan dalam al-Qur’an. Kajian kualitatif berbentuk analisis teks al-Qur’an ini akan menggunakan perisian ATLAS.ti 8 bagi memperolehi pola kekerapan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan, sebanyak 27 variasi perkataan hari kiamat ditemui dengan pecahan tiga kategori utama iaitu kekerapan tinggi, sederhana dan rendah manakala dari sudut pecahan pola pula, terdapat pola berulang dan pola statik yang merangkumi keseluruhan al-Qur’an.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-01

How to Cite

Mohd Nathir, K. A., Mohd Sukki Othman, Wan Sulong, W. M., & Mustapha, N. F. (2024). VARIASI PERKATAAN HARI KIAMAT DALAM AL-QUR’AN: SATU TINJAUAN UMUM. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/380