APLIKASI ‘URF DALAM AMALAN ADAT DAN BUDAYA SAUDARA BAHARU DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Asmawati Suhid Universiti Putra Malaysia
  • Abd. Muhsin Ahmad Universiti Malaya
  • Fathiyah Mohd Fakhruddin Universiti Putra Malaysia
  • Noreha Che Abah Universiti Putra Malaysia

Keywords:

‘Urf, Adat, Budaya, Saudara Baharu, Muallaf

Abstract

Islam merupakan ad-Din atau agama yang lengkap dan syumul meliputi semua aspek dan keperluan manusia. Justeru, tidak ada satu perkara pun yang ditinggalkan di dalam kitab al-Quran. Islam sebagai agama rahmah yang diturunkan kepada semua makhluk sebagai bimbingan dan panduan hidup seluruh manusia yang membawa kepada keesaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Oleh itu, tidak kira bangsa atau kaum, mereka berhak menerima Islam dan mengamalkannya sebagai cara hidup. Golongan muallaf atau disebut juga saudara baharu di Malaysia merupakan golongan yang diberi perhatian oleh Islam. Sejak akhir-akhir ini, terdapat pertambahan bilangan individu yang memeluk dan menerima Islam. Dalam konteks saudara baharu di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan suku sudah tentu mereka mengamalkan pelbagai adat dan budaya dalam kehidupan harian mereka. Ada kalanya timbul kekeliruan dalam memilih adat dan budaya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berdasarkan kaedah fiqh Islam iaitu ‘Urf atau “Adat di Akui”, Islam mengiktiraf adat dan budaya yang diamalkan oleh setiap bangsa dan kaum selagi tidak bertentangan dengan prinsip hukum Islam. Hal ini perlu difahami bukan sahaja saudara baharu, malah umat Islam umumnya bagi mengelakkan salah faham dan perselisihan pendapat sesama umat Islam. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang aplikasi ‘Urf dalam amalan budaya saudara baharu di Malaysia seterusnya menganalisis sejauhmana amalan tersebut tidak bertentangan dengan prinsip hukum Islam agar kehidupan mereka diberkati dan diredhai Allah SWT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-01

How to Cite

Asmawati Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Mohd Fakhruddin, F., & Che Abah, N. (2024). APLIKASI ‘URF DALAM AMALAN ADAT DAN BUDAYA SAUDARA BAHARU DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/383