FALSAFAH, BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU DAN BURUNG KENEK-KENEK

Authors

  • Farra Humairah Mohd Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nordiana Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Hasrina Baharum Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Falsafah, Bahasa, Pemikiran Melayu, Lirik Lagu “Bangau Oh Bangau, Lirik Lagu “Burung Kenek-Kenek”, Hipotesis Sapir Whorf

Abstract

Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam karya-karya Sastera Melayu. Pemikiran dalam lirik lagu tradisional khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau” dan “Burung Kenek-Kenek” turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau” dan “Burung Kenek-Kenek” dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Hasil kajian mendapati lirik lagu “Bangau Oh Bangau” memaparkan empat falsafah dan pemikiran Melayu dalam iaitu sindiran kepada budaya menyalahkan orang lain, sindiran kepada masyarakat pemalas, keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu tindakan atau perancangan dan falsafah pegangan hidup. Manakala lirik lagu “Burung Kenek-Kenek” pula mendapati falsafah dan pemikiran sebagai nasihat agar menjadi insan yang bertaqwa, nasihat agar patuh kepada ibu bapa dan berakhlak mulia (tidak bersikap angguh). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu Melayu khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau” dan “Burung Kenek-Kenek” sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf.Kesimpulannya, penelitian terhadap lirik lagu “Bangau Oh Bangau” dan “Burung Kenek-Kenek” telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan lirik lagu Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-04

How to Cite

Mohd, F. H., Hamzah, N., & Baharum, H. (2024). FALSAFAH, BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU DAN BURUNG KENEK-KENEK. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/385