UNSUR MITOS BERDASARKAN TEKS SASTERA MELAYU TRADISIONAL

Authors

  • Norazimah Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi University Pendidikan Sultan Idris
  • Makmur Harun University Pendidikan Sultan Idris
  • Farra Humairah Mohd University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Mitos, Kepercayaan, Melayu, Sastera, Tradisional

Abstract

Mitos merupakan unsur yang amat dominan dalam kesusasteraan Melayu tradsional. Mitos-mitos ini tidaklah dikemukakan secara tidak teratur atau sewenang-wenangnya sahaja, malah berdasarkan pola kepercayaan yang sememangnya telah wujud dan keadaan ini mencerminkan perkaitan pemikiran masyarakat dengan unsur-unsur animisme yang melatari kehidupan mereka sebelum tibanya kepercayaan-kepercayaan lain. Contoh perkembangan cerita mitos ini boleh dilihat dalam teks hikayat dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Manakala bagi contoh cerita lisan adalah cerita yang terdapat dalam Cerita Rakyat Malaysia (2008). Objektif makalah ini adalah mengenal pasti fungsi mitos yang terdapat dalam sastera Melayu tradisional. Makalah ini akan menggunakan pendekatan sosiologi sastera oleh Plummer, Ken (1997). Pendekatan makalah menjurus kepada persoalan bagaimana mitos menjadi kepercayaan masyarakat dan apakah fungsi mitos dalam teks sastera Melayu tradisional. Berdasarkan persoalan-persoalan ini maka mitos dapat dilihat fungsinya. Unsur-unsur mitos dalam sastera sejarah merupakan suatu kisah yang dipercayai oleh masyarakat setempat sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku dalam daerah mereka pada masa lampau. Maka cerita-cerita mitos menjadi landasan dan jawapankepada sikap ingin tahu masyarakat silam. Ia juga bertujuan untuk meninggikan martabat diraja. Dalam sastera tradisi, sastera dilihat sebagai cermin dan dokumen masyarakat. Peranan cerita mitos bukan sahaja menjelaskan fungsinya terhadap masyarakat tetapi turut memperlihatkan kreativiti seorang pengarang ataupun penutur dan tukang cerita. Namun, dalam hal ini kehadiran unsur mitos menjelaskan kepada kita tentang hubungan karya dari sudut pemikiran dan pandang hidup (world view) masyarakat berkenaan pada suatu masa dahulu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-04

How to Cite

Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Makmur Harun, & Mohd, F. H. (2024). UNSUR MITOS BERDASARKAN TEKS SASTERA MELAYU TRADISIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/390