PENELITIAN POTENSI KAJIAN LANJUT SEJARAH TENTANG GERAKAN AWAL TENTERA JEPUN KE KEDAH (TANAH MELAYU) DAN SUMATERA, INDONESIA DARI NOVEL AKU TIDAK MINTA KARYA ABDULLAH HUSSAIN
Keywords:
Sasterawan, Sumatera, Potensi, Kajian, AkademikAbstract
Artikel ini merupakan satu kajian asas kepada aspek sejarah yang terkandung dalam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel Aku Tidak Minta lebih bersifat memoir pengalaman hidup beliau semasa Perang Dunia Kedua. Cacatan beliau diolah dari aspek gabungan seni penulisan sastera sebagai teras bidang beliau yang utama namun terkandung pelbagai maklumat yang agak terperinci tentang peristiwa kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu khususnya Kedah. Beliau juga menitip kembali penglibatan beliau sebagai agen pasukan perisikan Fujiwara Kikan untuk misi mereka di wilayah Sumatera, Indonesia. Catatan dibuat beliau yang bersifat memoir naratif ini mengandungi perincian secara kronologi pada aspek masa, tempat, individu dan peristiwa yang berlaku ketika itu. Ia merupakan sesuatu begitu bernilai kerana tidak banyak cacatan bersifat begitu oleh semasa perang tersebut. Ia boleh dijadikan sebagai asas berpotensi yang baik untuk kajian lanjut yang bersifat lebih akademik.