STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN: APLIKASI MODEL LEECH (1983), GRICE (1975) & ASMAH (1996 & 2000)

Authors

  • Sara Beden Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Keywords:

Strategi Kesantunan, Isu Sensitif, Pola Kombinasi Maksim, Kepatuhan, Penjagaan Air Muka

Abstract

Kesantunan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian seseorang di mata khalayak umum selain dihubung kait dengan profesionalisme. Walau bagaimanapun, aspek kesantunan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak dalam berkomunikasi. Jika disorot, setiap individu dituntut untuk berhemah dalam komunikasi agar tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak sekali gus mengelakkan konflik sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan. Kesantunan penulisan merangkumi penggunaan dan pemilihan kata, frasa dan ayat yang gramatis dalam usaha menyantuni khalayak pembaca. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi kesantunan berbahasa dalam artikel Ruangan Agenda Bahasa dalam majalah Dewan Bahasa terbitan bulan Julai 2018. Kajian ini mengaplikasikan tiga model kesantunan, iaitu PS Leech (1983), PK Grice (1975) dan model Asmah Omar (2000). Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya dengan memberikan fokus kepada analisis teks. Dapatan menunjukkan pengaplikasian ketiga-tiga model kesantunan, iaitu PS Leech, PK Grice dan kesantunan Asmah Omar yang membentuk pola kombinasi maksim + strategi. ARPBM memperlihatkan pematuhan terhadap maksim Kebijaksanaan + Sokongan + Kualiti + Relevan + Kepatuhan pada Tajuk + Penjagaan Air Muka. Dapatan ini menunjukkan pengaplikasian strategi cadangan, nasihat, pujian, pengemukaan fakta, penggunaan unsur metafora, kepatuhan pada tajuk dan penjagaan air muka dalam usaha penulis melestarikan kesantunan. Dapatan ini merefleksikan bahawa penulis mematuhi peraturan penulisan dengan tidak mengabaikan strategi kesantunan berbahasa. Kesimpulannya, pematuhan terhadap aspek kesantunan penulisan mencerminkan bahawa penulis dalam bidang akademik memanifestasikan sikap profesional dalam usaha memelihara budaya santun dalam komunikasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-04

How to Cite

Sara Beden. (2024). STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN: APLIKASI MODEL LEECH (1983), GRICE (1975) & ASMAH (1996 & 2000). INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/393