TAHAP STRATEGI METAKOGNITIF(SM) BACAAN TEKS BAHASA ARAB KALANGAN PELAJAR SMKA SEREMBAN
Keywords:
Strategi Metakognitif (SM), Masalah Bacaan Teks, Latihan SM, Bahasa ArabAbstract
Artikel ini adalah kajian tentang tahap Strategi Metakognitif (SM) bacaan teks Bahasa Arab kalangan Pelajar SMKA di Seremban. Kajian ini merupakan kajian campuran yang cenderung kepada explanatory yang membicarakan tentang reaksi pelajar-pelajar di SMKA di daerah Seremban terhadap bacaan teks bahasa Arab selepas mendapat rawatan iaitu latihan SM seperti strategi merancang, memantau dan menilai. Kajian ini bermula dengan mengumpul data kuantitatif melalui 60 responden untuk mendapatkan jawapan objektif pertama bagi menyokong kajian kuantitatif dan tiga responden dipilih untuk menjawab objektif kedua dan ketiga yang berbentuk kualitatif. Dapatan untuk menjawab objektif pertama menunjukkan strategi merancang min 3.5 pada kedudukan pertama pada tahap tinggi. Manakala kedudukan kedua ialah strategi memantau iaitu min pada tahap 3.66 menunjukan tahap tinggi. Strategi menilai pula min 3.47 berada pada kedudukan ketiga pada tahap sederhana. Jumlah keseluruhan SM min 3.54 pada tahap yang tinggi. Dapatan objektif kedua menunjukkan setiap responden mempunyai masalah kosa kata. Mereka menggunakan strategi merancang untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam memahami bacaan teks bahasa Arab. Dapatan kajian ketiga menunjukkan seorang responden mengakui bahawabeliau menghadapi masalah masa yang terlalu pendek dalam menjalani latihan SM. Oleh sebab itu beliau gagal untuk menguasai strategi menilai. Manakala, semua mengakui bahawa mereka tidak menghadapi masalah ketika menjalani Latihan SM. Impikasi kajian ini dapat menyumbangkan dan mencadangkan kepada guru-guru bahasa Arab untuk melakukan Latihan SM bagi melonjakkan keupayaaan pelajar dalam memahami bacaan teks Bahasa Arab.