PERSEPSI GOLONGAN REMAJA TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA SARKASTIK

Authors

  • Ezzah ‘Afifah binti Nasrudin Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Sarkastik, Persepsi, Golongan Remaja

Abstract

Sarkastik dianggap sebagai satu dunia baru selari dengan perubahan alam (Frank Burton, 2009). Sarkastik telah dianggap sebagai satu gaya bahasa sindiran yang tajam sehingga mampu menimbulkan kemarahan seseorang (Toplak & Camp, 2011). Namun, bahasa sarkastik ini dapat difahami secara berbeza bergantung pada sesuatu budaya itu sendiri (Grice, 1975). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi golongan remaja dari sudut tahap dan kesan penggunaan bahasa sarkastik menerusi dialog yang diadaptasi oleh Bowes dan Katz (2011). Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu instrumen kajian, iaitu soal selidik yang dibangunkan oleh Joel Mounts (2012) telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, responden adalah seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dalam jurusan Diploma Pengurusan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Hasil daripada analisis data tersebut mendapati bahawa bahasa sarkastik bukan sahaja boleh disampaikan dalam bentuk agresif bahkan juga secara halus. Namun begitu, penggunaan bahasa tersebut sememangnya dapat mempengaruhi emosi yang negatif dalam kalangan remaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

binti Nasrudin, E. ‘Afifah. (2024). PERSEPSI GOLONGAN REMAJA TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA SARKASTIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/413