PENELITIAN LEKSIKAL DIALEK UTARA DARI SUDUT ANALISIS SEMANTIK

Authors

  • Zul Hanis Yop Othman Universiti Putra Malaysia
  • Sharil Nizam Sha’ri Universiti Putra Malaysia
  • Adi Yasran Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia
  • Salina Husain Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Pentakrifan, Makna Leksikal, Dialek Utara, Kamus Dewan Edisi Keempat, Teori Analisis Komponen Makna

Abstract

Pentakrifan makna leksikal dalam dialek Utara (DU) telah menimbulkan masalah kepada pengguna kerana wujudnya kekeliruan akibat ketaksaan makna, kelingkaran makna dan pertumpangtindihan makna dalam mentafsir sesuatu entri/subentri dan frasa. Kajian ini akan mengenal pasti entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4), menghuraikan entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam KD4 menggunakan Teori Analisis Komponen Makna (1975) serta merumuskan pentakrifan Baharu entri DU dalam KD4. Kajian ini akan menggunakan respondan seramai 30 orang kakitangan dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan menggunakan kaedah persampelan secara berkumpulan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti umur, taraf akademik, negeri kelahiran, dang red perkhidmatan. Respondan akan ditemu bual secara berkumpulan mengikut negeri berkaitan entri DU yang diambil dalam KD4 bagi mendapatkan data dan data tersebut akan dianalisis menggunakan teori. Proses temu bual mengambil masa antara 15 hingga 20 minit. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan makna yang diterima oleh pengguna mengenai entri DU yang dirujuk dalam KD4 dengan makna yang diberikan oleh penutur asli DU. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi lompongan kepada pengkaji akan datang supaya menjalankan kajian yang berkaitan makna leksikal khususnya dalam dialek Melayu.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Zul Hanis Yop Othman, Sharil Nizam Sha’ri, Adi Yasran Abdul Aziz, & Salina Husain. (2024). PENELITIAN LEKSIKAL DIALEK UTARA DARI SUDUT ANALISIS SEMANTIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 7(27). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/4146