MENELUSURI KONSEP KEIHSANAN DAN KEINSANAN DALAM NOVEL ‘DAN MALAM APABILA IA BERLALU’

Authors

  • Arba’ie Sujud Universiti Putra Malaysia
  • Morni Hussin University Putra Malaysia
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman University Putra Malaysia

Keywords:

Pemikiran, Hubungan Tuhan dan Manusia, Keihsanan, Keinsanan

Abstract

Setiap karya yang dihasilkan mengandungi mesej dan pemikiran pengarang yang perlu difikir dan direnung oleh khalayak terutamanya karya yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara. Sasterawan Negara memberikan sumbangan yang besar dalam penghasilan karya-karya mereka. Hal ini kerana karya Sasterawan Negara memiliki nilai yang tinggi, bahasa yang indah dan unik serta sukar untuk ditafsirkan kerana penggunaan bahasa yang mencabar minda manusia. Setiap karya yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pengalaman dan keadaan ini dapat mendekatkan diri khalayak dengan diri pengarang. Pengalaman tersebut diolah yang dicurahkan dalam karyanya yang mengandungi mesej-mesej tertentu untuk disampaikan kepada khalayak. Karya Sasterawan Negara terutamanya karya bercorak Islam mengetengahkan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam karya tersebut. Konsep keihsanan dan keinsanan yang diperlihatkan dalam karya bertujuan untuk menyebarkan mesej dan mengajak khalayak untuk berfikir dan merenung serta memikirkan kembali perhubungan manusia dengan Tuhan (keihsanan) dan perhubungan manusia sesama manusia (keinsanan) sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti konsep keihsanan dan keinsanan dengan menggunakan novel Abdullah Hussin iaitu Dan Malam Apabila Ia Berlalu sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa konsep keihsanan dan keinsanan ialah institusi hati sebagai pusat dakwah, institusi masjid sebagai pusat dakwah, persamaan hak asasi manusia, keadilan dalam hubungan kemasyrakatan, nilai persaudaraan dalam Islam, penyelesaian masalah serta adab dan kesopanan dalam Islam. Justeru, menerusi kajian ini dapat menyedarkan khalayak dan memperbaiki hubungan diri dengan Allah dan sesama manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Arba’ie Sujud, Morni Hussin, & Abdul Rahman, N. S. (2024). MENELUSURI KONSEP KEIHSANAN DAN KEINSANAN DALAM NOVEL ‘DAN MALAM APABILA IA BERLALU’. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/416