TAHAP KESEDIAAN PELAJAR MELAYU MEMPELAJARI SEJARAH DI SEKOLAH ALIRAN CINA (SRJKC) MENGGUNAKAN BAHASA MANDARIN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN

Authors

  • Sri Wahyuni Marimun Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kesediaan, Pelajar Melayu, Sekolah Aliran Cina (SRJKC), Sejarah, Pencapaian

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Melayu di Sekolah aliran Cina (SRJKC) dalam mempelajari Sejarah dalam Bahasa Mandarin (Cina). Tahap kesediaan pelajar Melayu di sekolah aliran tersebut dikaji berdasarkan kesediaan (kognitif, afektif, psikomotor) pelajar menerusi aspek fokus pelajar dalam memahami pengajaran guru, komitmen pelajar untuk menguasai isi kandungan pembelajaran dan inisiatif sendiri pelajar mempelajari Sejarah menggunakan Bahasa Mandarin (Cina) yang juga merupakan bahasa pengantar di sekolah tersebut. Menerusi kajian ini, sampel adalah terdiri daripada 6 orang pelajar Melayu. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tahun 6 di sekolah aliran Cina (SRJKC). Kemudian, pendekatan kajian ini bersifat kualitatif. Kaedah kajian seperti temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mengumpul data penting kajian. Terbukti dalam kajian ini kesediaan pelajar dalam mempelajari Sejarah sememangngnya berkait rapat dengan pencapaian. Dapatan keseluruhan dari aspek kesediaan pelajar untuk memahami pengajaran guru Sejarah di dalam bilik darjah dan tahap pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Sejarah kedua-dua juga berada di tahap yang sederhana.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Sri Wahyuni Marimun, & Anuar Ahmad. (2024). TAHAP KESEDIAAN PELAJAR MELAYU MEMPELAJARI SEJARAH DI SEKOLAH ALIRAN CINA (SRJKC) MENGGUNAKAN BAHASA MANDARIN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/420