AMALAN PEMILIHAN TATABAHASA PEDAGOGI BERKONTEKS OLEH GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Zairosni Yusof University Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Ra’in Shaari University Pendidikan Sultan Idris
  • Adenan Ayob University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Tatabahasa Pedagogi, Amalan Pemilihan, Berkonteks, Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Abstract

Kajian ini memberikan fokus terhadap amalan pemilihan tatabahasa pedagogi di sekolah rendah. Dari segi tujuan, kajian ini mengkaji amalan pemilihan tatabahasa pedagogi berkonteks oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pemilihan bahan berkonteks dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu sekolah rendah. Soalan kajian ialah: Apakah amalan pemilihan bahan berkonteks dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menerusi kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik yang mengandungi 10 item dengan menggunakan skala Likert Lima Poin. Kajian ini menggunakan pensampelan berkuota yang terdiri daripada 149 orang responden, iaitu kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah. Sebanyak 26 buah sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), lapan buah sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam daerah Gombak telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Data dianalisis secara deskriptif yang dibentangkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor amalan pemilihan tatabahasa pedagogi adalah tinggi; nilai min antara 3.73 hingga 4.03, dan sisihan piawai antara 0.57 hingga 0.75. Implikasi daripada kajian ini dapat meningkatkan amalan pemilihan bahan berkonteks dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di sekolah rendah secara terancang menerusi kurikulum yang terlibat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Zairosni Yusof, Mohd Ra’in Shaari, & Adenan Ayob. (2024). AMALAN PEMILIHAN TATABAHASA PEDAGOGI BERKONTEKS OLEH GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/450