ANALISIS KINAYAH DALAM QASIDAH BURDAH IMAM AL-BUSHIRI
Keywords:
Ilmu Bayan, Qasidah Burdah, KinayahAbstract
Qasidah Burdah Al-Busiri merupakan salah satu qasidah yang popular pada zaman kesusasteraan Arab. Qasidah al-Bushiri merupakan qasidah yang masyhur pada zaman sastera Arab zaman Mamluki. Dalam Qasidah al-Bushiri mengandungi unsur unsur istiarah, majaz, tasybih. Kinayah yang merupakan unsur keunikan dalam prosa arab. Kajian ini bertujuan menganalisis unsur kinayah yang terdapat dalam Qasidah al-Bushiri. Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen melibatkan 10 bab yang dianalisis berdasarkan makna keseluruhan dan penjelasan keseluruhan puisi. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat 13 kinayah dalam sepuluh bab Qasidah al-Bushiri. Kajian daripada 13 kinayah adalah berdasarkan bab 1 iaitu pengaduan cinta, bab 2 peringatan tentang bahaya hawa nafsu, bab 3 madah pujian buat baginda Nabi Muhammad S.A.W,bab 6 Kemuliaan Al quran dan puji-pujiannya , Bab 7 Isra Mikraj Baginda S.A.W dan bab 10 Rayuan munajat dan permohonan hajat.