MASALAH PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ BAHASA ARAB TONGXIN WILAYAH NINGXIA CHINA

Authors

  • Li Ziyun University Pendidikan Sultan Idris
  • Saipolbarin Ramli University Pendidikan Sultan Idris
  • Suo Yan Mei University Pendidikan Sultan Idris
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani University Pendidikan Sultan Idris
  • Nazri Atoh University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Kemahiran Membaca, Teks Bahasa Arab, Kolej Bahasa Arab Tongxin, Ningxia China, Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran

Abstract

Penguasaan kemahiran membaca adalah prasyarat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa yang perlu dikuasi oleh pelajar. Ini kerana, melalui penguasaan kemahiran membaca, seseorang itu dapat memahami kandungan teks bacaan dan memperkayakan saiz kosa kata. Walaupun begitu, data menunjukkan para pelajar Kolej Bahasa Arab Tongxin Ningxia di China masih lagi berhadapan dengan permasalahan penguasaan kemahiran membaca. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan halangan kepada pencapaian objektif dalam aktiviti PdP. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mendapatkan data berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai kemahiran membaca dalam aktiviti PdP bahasa Arab di Kolej Bahasa Arab Tongxin Ningxia di China. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik, pemerhatian dan temubual. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada 56 orang pelajar perempuan, 44 orang pelajar lelaki, 3 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati terdapat lima faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar iaitu faktor psikologi, motivasi diri, usaha, strategi perlaksanaan dan kekurangan penguasaan saiz kosa kata. Selain itu terdapat faktor sampingan lain yang turut mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca pelajar iaitu kelemahan dalam tatabahasa, penglibatan yang pasif dalam kelas, kekurangan latihan, kekurangan sumber pendidikan dan ganjaran kepada guru. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa langkah sesuai bagi mengatasi permasalahan ini yang melibatkan aspek pelajar dan aspek guru. Dari aspek pelajar, dicadangkan untuk mempelbagaikan sumber bacaan seperti penggunaan medium elektronik sebagai medium bacaan alternatif. Manakala dari aspek guru, dicadangkan untuk memperkasakan metodologi yang digunakan dalam aktiviti PdP. Diharapkan dengan kajian yang dijalankan ini akan dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar di Kolej Bahasa Arab Tongxin Ningxia di China.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Li Ziyun, Saipolbarin Ramli, Suo Yan Mei, Abdul Ghani, M. T., & Nazri Atoh. (2024). MASALAH PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ BAHASA ARAB TONGXIN WILAYAH NINGXIA CHINA. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/520