ASPEK PEMIKIRAN KREATIF DALAM KUMPULAN CERPEN CERITA MONYET, ANJING, DAN POHON GINKGO KARYA JASNI MAT LANI

Authors

  • Norfazila Aron University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Kumpulan Cerpen Cerita Monyet, Anjing, Dan Pohon Gingko, Aspek Pemikiran Kreatif, Teori SPB4L

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran kreatif dalam kumpulan Cerpen Cerita Monyet, Anjing, dan Pohon Ginkgo karya Jasni Matlani. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek pemikiran kreatif serta mengaplikasikan pemikiran kreatif berdasarkan Teori SPB4L. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Teori sistem Pemikiran Bersepadu 4 L (Luhur, lahir, logik, dan Lateral) oleh Yusof Hassan. Berdasarkan teori ini, pemikiran luhur serta pemikiran logik merupakan sebuah pemikiran yang sering dikaitkan dalam penceritaan jalan cerita. Pemikiran luhur merupakan aspek kerohanian dalam kehidupan. Manakala, pemikiran logik pula, mementingkan fakta serta sesebuah peristiwa yang berlaku untuk membentuk sejarah dalam sesebuah kehidupan tersebut. Selain itu, Pengkaji membataskan kajian dengan mengkaji sebanyak 5 buah cerpen dalam kumpulan cerpen tersebut. Karya ini dipilih sebagai bahan kajian kerana dalamnya terkandung unsur-unsur jati diri, nilai-nilai murni, dan kehidupan masyarakat yang digambarkan kepada bukan manusia. Analisis kajian ini mendapati bahawa aspek pemikiran kreatif digunakan sebaik yang mungkin oleh penulis. Kajian ini berkisarkan tentang corak peribadi masyarakat itu sendiri dan diperlihatkan melalui watak-watak yang bukan manusia serta sejarah melalui cerpen dalam kumpulan cerpen Cerita Monyet, Anjing, dan Pohon Gingko. Kesimpulannya, kajian ini bukan sahaja memperlihat kekreatifan dan kegigihan pengkarya malah dapat melihat pengadaptasian di antara nilai-nilai kemanusiaan dengan pendekatan teori SPB4L

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Norfazila Aron. (2024). ASPEK PEMIKIRAN KREATIF DALAM KUMPULAN CERPEN CERITA MONYET, ANJING, DAN POHON GINKGO KARYA JASNI MAT LANI. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/523