KESANTUNAN BAHASA SEBAGAI KAEDAH KOMUNIKASI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAMIAH

Authors

  • Ahmad Mujahideen Haji Yusoff Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
  • Noorhanis Amran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Keywords:

Kesantunan, Bahasa, Komunikasi, Dakwah Islamiah

Abstract

Kesantunan bahasa dalam penyampaian dakwah Islamiah pada masa kini menjadikan bahasa sebagai salah satu kaedah dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah dengan lebih berkesan. Namun ianya bukanlah semudah yang disangka kerana memerlukan kepada kemahiran bahasa dalam usaha meningkatkan kualiti komunikasi sebagai seorang penyampai dalam rangka memartabatkan syiar Islam. Namun begitu, tidak semua mesej yang disampaikan dapat difahami dan dihayati dengan baik oleh segenap masyarakat. Hal ini memerlukan kepada proses komunikasi yang berkesan dalam memastikan kaedah yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan para pendengar. Oleh itu, artikel ini menjelaskan tentang kaedah komunikasi yang digunakan dalam penyampaian dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui kesantunan bahasa. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisisan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dari bahan-bahan bercetak dengan menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Artikel ini mendapati bahawa kaedah kesantunan bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan mesej yang diterima oleh masyarakat mudah diterima dan difahami serta turut memberikan impak yang positif kepada peribadi seorang penyampai apabila mereka menzahirkan kata-kata serta mesej yang baik dan ringkas sebagai seorang penyampai yang berkualiti kepada sasarannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Haji Yusoff, A. M., & Noorhanis Amran. (2024). KESANTUNAN BAHASA SEBAGAI KAEDAH KOMUNIKASI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAMIAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/524