KESEDARAN METAKOGNITIF DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB
METACOGNITIVE AWARENESS IN ARABIC LISTENING SKILLS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJHPL.830004Keywords:
Bahasa Arab (Arabic Language), Kemahiran Mendengar (Listening Skills), Kesedaran Metakognitif (Metacognitive Awareness), Strategi Metakognitif (Metacognitive Strategies), MALQ (MALQ)Abstract
Kesedaran metakognitif dalam kemahiran mendengar (mahārah istimāʿ) menekankan dua elemen utama iaitu pengetahuan dan strategi metakognitif. Kesedaran ini memberikan sumbangan positif terhadap tahap pencapaian dalam pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab. Tahap kesedaran metakognitif turut mempengaruhi keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran yang berkesan. Komponen-komponen metakognitif membantu pelajar memberi tumpuan kepada cara memproses input pendengaran dan mempertimbangkan pelbagai kaedah untuk mengurus proses kognitif mereka. Pendekatan metakognitif menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran kendiri yang dapat meningkatkan kesedaran serta pengetahuan untuk merancang, memantau, menilai, dan menyelesaikan masalah semasa pembelajaran. Kepercayaan kendiri dalam melaksanakan tugasan pendengaran menjadi elemen penting dalam membantu pelajar menguruskan proses kognitif dengan lebih berkesan. Kesimpulannya, hipotesis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dua pemboleh ubah, iaitu kesedaran metakognitif dan kemahiran mendengar. Dapatan ini mengukuhkan andaian bahawa tahap kesedaran metakognitif yang tinggi dalam pembelajaran bahasa Arab mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian kemahiran mendengar yang lebih cemerlang.
Metacognitive awareness in listening skills (mahārah istimāʿ) emphasized two main elements, namely metacognitive knowledge and metacognitive strategies. Metacognitive awareness contributed positively to the level of achievement in learning Arabic listening skills. The level of metacognitive awareness influenced students’ active engagement in effective Arabic listening skill learning. Metacognitive components assisted students in focusing on the processing of auditory input and in considering various strategies to manage their cognitive processes. Metacognition provided students with a self-regulated learning environment that enhanced their awareness and knowledge in planning, monitoring, evaluating, and solving problems. Metacognitive awareness, such as the belief in one's ability to complete a task, became essential in helping students manage their cognitive processes effectively. In conclusion, the study hypothesized that there was a relationship between the two variables: metacognitive awareness and listening skills achievement, based on the assumption that a high level of metacognitive awareness in Arabic listening skills was associated with higher levels of listening achievement.