ADAB BERKOMUNIKASI WATAK DALAM HIKAYAT KHOJA MAIMUN

Authors

  • Rahimah Hamdan Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Adab, Komunikasi, Sastera Hikayat, Hikayat Khoja Maimun, Surah Luqman

Abstract

Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja masih belum menemui definisinya yang tepat dalam korpus Kesusasteraan Melayu Moden. Sehubungan itu, karya-karya yang wataknya terdiri daripada golongan dewasa terus dinikmati oleh kanak-kanak sehingga akhirnya merumitkan pendefinisian kesusasteraan kanak-kanak itu. Maka, banyak karya-karya folklor Barat seperti Cinderella, Rapunzel dan beberapa yang lain menjadi tumpuan bacaan kanak-kanak di Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan agar bahan bacaan yang menepati nilai ketimuran dan keislaman dihidangkan kepada golongan muda ini. Bermula dari sinilah, Kesusasteraan Hikayat menerusi teks Hikayat Khoja Maimun yang kaya dengan adab dan pengajaran perlu diketengahkan untuk menggantikan cerita folklor Barat tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti watak-watak yang berkomunikasi dalam Hikayat Khoja Maimun dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak tersebut berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Surah Luqman. Metodologi kajian adalah secara analisis teks dengan tiga aktiviti utama bagi menyelesaikan objektif kajian iaitu menjelaskan watak yang berkomunikasi dalam teks Hikayat Khoja Maimun, mengenalpasti kerangka untuk menganalisis adab komunikasi dalam Hikayat Khoja Maimun dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak utama berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Al Quran menerusi Surah Luqman iaitu menerusi panggilan, perlambangan, pengulangan, penjelasan, perhatian dan pemilihan idola. Dapatan kajian adalah Hikayat Khoja Maimun menepati enam (6) adab berkomunikasi dalam Surah Luqman. Ini bermakna menerusi komunikasi yang beradab, segala urusan dapat dilalui dengan mudah dan menemui kejayaan. Inilah yang cuba dibuktikan dalam Hikayat Khoja Maimun sebagai salah sebuah karya dalam Sastera Hikayat yang berfungsi bukan sahaja memberi pengajaran tetapi menghibur khalayaknya. Justeru, sudah sampai masanya bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia ini digantikan dengan khazanah yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya bergantung kepada folklor Barat yang jauh menyimpang daripada adab ketimuran apatah lagi nilai-nilai keislaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Rahimah Hamdan. (2024). ADAB BERKOMUNIKASI WATAK DALAM HIKAYAT KHOJA MAIMUN. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/528