CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN KESANNYA DALAM TUHFAT AL-NAFIS KARYA RAJA ALI HAJI
Keywords:
Ciri-Ciri Kepimpinan, Prinsip Kepimpinan Islam, Tuhfat Al-Nafis, Visi Dan Misi TeksAbstract
Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah teks sastera sejarah atau historiografi Melayu. Sebagai sebuah teks historiografi Melayu, ruang lingkup zaman pada masa itu masih lagi bercorak sistem pemerintahan feudal dan beraja. Gambaran sistem kepimpinan beraja masih menjadi teras dan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada ciri-ciri kepimpinan yang ada. Makalah ini bertujuan menjelaskan ciri-ciri kepimpinan kelompok pemimpin yang terdapat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Ciri-ciri kepimpinan ini akan dijelaskan dengan menggunakan pendekatan kepimpinan Islam. Tuhfat Al-Nafis dikarang oleh seorang pengarang istana bernama Raja Ali Haji. Dalam penulisan Tuhfat Al-Nafis, Raja Ali Haji menyurat bagi memenuhi visi dan misi sebuah kerajaan iaitu Melayu-Bugis. Dapatan kajian menemukan pemimpin yang memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang berlandaskan Islam seperti berakhlak baik, kuat dan mengamalkan musyawwarah menjadikan kerajaan di bawah pemerintahannya aman dan makmur.