FUNGSI BINATANG DALAM PANTANG LARANG MELAYU BERDASARKAN TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Authors

  • Fadzilah Kassim University Pendidikan Sultan Idris
  • Norazimah Zakaria University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Fungsi, Binatang, Pantang Larang, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Firasat

Abstract

Orang Melayu menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan mereka untuk menyampaikan maksud tersirat di dalam pantang larang. Pantang larang merupakan suatu disiplin yang disampaikan secara lisan oleh masyarakat Melayu tradisi dan diwarisi secara turun temurun. Pantang larang juga merupakan salah satu cara bagi masyarakat dahulu kala menyampaikan nasihat serta pengajaran secara bersopan dan berperanan sebagai alat kawalan sosial dalam masyarakat. Tujuan makalah ini adalah untuk mengenalpasti unsur binatang dan menganalisis fungsi binatang di dalam pantang larang Melayu. Binatang dipilih kerana ia amat dekat dengan masyarakat Melayu dan banyak digunakan dalam pantang larang Melayu. Makalah ini menggunakan buku Pantang Larang Orang Tua-tua kepada Anak Cucunya (1948) yang diselenggarakan oleh Muhamad Dato Muda terbitan Malay Press, Kuala Pilah sebagai teks kajian. Makalah ini menggunakan Pendekatan Firasat di bawah Pengkaedahan Alamiah dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989). Pendekatan makalah ini menjurus kepada persoalan bagaimana pantang larang menjadi kepercayaan masyarakat dan apakah fungsi binatang dalam pantang larang Melayu. Berdasarkan persoalan-persoalan ini, maka binatang dapat dilihat fungsinya dalam pantang larang Melayu. Pemahaman dan penghayatan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian khususnya dalam interaksi atau hubungan sesama ahli masyarakat. Proses ini akhirnya memenuhi matlamat paksi Teori Pengkaedahan Melayu iaitu untuk mencapai kebajikan, ketaqwaan dan kesusilaan. Dapatan kajian antara lain menyimpulkan bahawa binatang berperanan sebagai tanda keakraban masyarakat Melayu dengan alam seterusnya membawa maksud yang tersirat sebagai panduan dan lambang kecendekiaan masyarakat Melayu dalam pantang larang Melayu yang dirujuk.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Fadzilah Kassim, & Norazimah Zakaria. (2024). FUNGSI BINATANG DALAM PANTANG LARANG MELAYU BERDASARKAN TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/530