FUNGSI TUMBUHAN DALAM PANTANG LARANG MELAYU BERDASARKAN TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Authors

  • Fadzilah Kassim University Pendidikan Sultan Idris
  • Norazimah Zakaria University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Fungsi, Tumbuhan, Pantang Larang, Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Firasat

Abstract

Salah satu warisan dan khazanah budaya Melayu tradisional yang amat tinggi nilainya ialah pantang larang. Pantang larang terbina daripada pengalaman hidup yang lalu yang boleh dijadikan contoh teladan dalam kehidupan seharian. Dalam pantang larang, terpantul nilai-nilai luhur masyarakat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Maksud tersirat di dalam pantang larang disampaikan oleh orang Melayu dengan menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan mereka. Tujuan makalah ini adalah untuk mengenalpasti unsur tumbuhan dan menganalisis fungsi tumbuhan di dalam pantang larang Melayu. Tumbuhan dipilih kerana ia amat akrab dengan masyarakat Melayu. Unsur tersirat di sebalik fungsi tumbuhan ini dihurai dengan membuat penilaian dan pentafsiran supaya lebih mudah difahami dan dihayati oleh masyarakat. Pemahaman dan penghayatan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian khususnya dalam interaksi sesama ahli masyarakat. Makalah ini menggunakan buku Pantang Larang Orang Melayu Tradisional (1999) yang diselenggarakan oleh Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai teks kajian. Makalah ini menggunakan Pendekatan Firasat berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989). Pendekatan Firasat diaplikasikan sebagai kerangka teori untuk melihat maksud yang dikemukakan menerusi fungsi tumbuhan dalam pantang larang Melayu. Proses ini akhirnya memenuhi matlamat paksi Teori Pengkaedahan Melayu iaitu untuk mencapai kebajikan, ketaqwaan dan kesusilaan. Analisis ditumpukan terhadap makna dan fungsi tumbuhan dalam kehidupan orang Melayu. Berdasarkan pantang larang yang dipilih, dapatan kajian merumuskan bahawa tumbuhan berperanan sebagai tanda keakraban masyarakat Melayu dengan alam seterusnya membawa maksud yang tersirat sebagai panduan dalam kehidupan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Fadzilah Kassim, & Norazimah Zakaria. (2024). FUNGSI TUMBUHAN DALAM PANTANG LARANG MELAYU BERDASARKAN TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/532