SKIM TARIK GAJI: PERSEPSI DAN AMALAN MASYARAKAT BRUNEI
Keywords:
Tarik Gaji, Persepsi, AmalanAbstract
Skim tarik gaji dalam istilah Brunei di sebut juga sebagai skim main kutu adalah amalan yang telah lama di lakukan oleh masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam. Tarik gaji boleh ditafsirkan sebagai suatu kaedah menyimpan wang. Tetapi bukan melalui akaun bank, namun sebaliknya setiap orang akan membayar jumlah yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, sejak kebelakangan ini, telah timbul pelbagai isu mengenai tarik gaji yang sudah mulai tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu dengan tujuan untuk memenuhi keperluan tertentu. Justeru, perbincangan mengenai pandangan dan amalan masyarakat Brunei terhadap tarik gaji menjadi fokus utama kajian ini bagi mengenal pasti amalan berkurun yang telah di warisi ini bertepatan dengan syarak dan sesuai dengan masyarakat Negara Zikir. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kuantitatif deskriptif dengan menggunakan analisis dari soal selidik yang diedarkan. Di samping itu analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan. Banyak kriteria yang perlu di ambil perhatian dalam menghalalkan skim tarik gaji di antaranya akad yang diguna pakai bagi tujuan melindungi kemaslahatan semua kerana skim ini berkaitan dengan wang dan sangat terdedah kepada penipuan dan gharar yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan perbalahan