KEBERKESANAN MODUL PEMBELAJARAN SUBJEK BALAGHAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA
Keywords:
Pendekatan, Pengajaran, Modul, Balaghah, IPTAAbstract
Balaghah merupakan salah satu komponen utama dalam kesusasteraan Arab yang wajib dipelajari oleh pelajar jurusan Bahasa Arab sama ada sebagai subjek major, minor, wajib atau elektif dalam sesebuah institusi. Tambahan pula, ia merupakan elemen penting dalam proses penguasaaan Bahasa Arab dengan baik. Namun begitu, kegagalan pelajar dalam menguasai subjek ini dengan baik menjadi satu isu dimana ketiadaan modul Balaghah yang khusus untuk para pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri modul pembelajaran subjek Balaghah di IPT Malaysia, menilai keberkesanan modul pembelajaran subjek Balaghah di IPT Malaysia dan mencadangkan ciri-ciri dan reka bentuk modul subjek Balaghah untuk pelajar IPT berasaskan dapatan kajian. Berdasarkan kajian ini, mendapati bahawa kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu balaghah berada pada tahap yang lemah kerana pendekatan, strategi dan metode pengajarannya kurang efektif dan sesuai di kalangan pelajar IPTA. Sehubungan itu, satu modul Balaghah harus dibina dan diperkenalkan bagi mewujudkan keselarasan antara IPT di Malaysia dalam subjek ini. Ini kerana, terdapat banyak IPT tidak mempunyai modul Balaghah yang tersendiri iaitu sistem pengajaran yang teratur dalam subjek ini. Hal ini membawa kepada kelompongan dalam pengajaran Balaghah itu sendiri. Selain itu, satu pendekatan pengajaran yang berkesan perlu dirangka dan disusun semula agar objektif pengajaran dan pembelajaran ilmu balaghah ini tercapai.