AKHLAK PEMIMPIN BERDASARKAN TEKS SULALATUS SALATIN
Keywords:
Sulalatus Salatin, Teori Takmilah, Sastera, Karya AgungAbstract
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah dinukilkan dalam Sulalatus Salatin, yang bermakna Salsilah Sultan-sultan. Teks karya ini diperakui sebagai sebuah karya agung dan dijadikan rujukan para sarjana dalam pelbagai kajian mengenai Empayar Melaka. Sehingga ke hari ini, teks ini masih dikaji memandangkan khazanah maklumat yang dikandunginya masih banyak belum diterokai. Objektif makalah ini ialah mengenal pasti dan menghuraikan akhlak pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang terdapat dalam Sulalatus Salatin melalui Teori Takmilah. Kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis deskriptif teks berdasarkan Teori Takmilah akan digunakan dalam kajian ini. Sulalatus Salatin mengandungi tatacara membentuk seorang pemimpin, ia sarat dengan ilmu kepimpinan dan ilmu lain yang berkaitan seperti pentadbiran. Teks ini juga membimbing dengan pesanan serta memberi contoh nilai yang khusus dimiliki oleh sesuatu masyarakat tertentu. Justeru pengisahan dalam Sulalatus Salatin telah digarap dengan begitu halus dan indah. Dari sudut sastera, Sulalatus Salatin diiktiraf sebagai ensiklopedia ilmu, yang mendokumentasikan pengalaman dan cita-cita sesuatu bangsa, iaitu bangsa Melayu. Cita-cita bangsa yang didukung telah berjaya direalisasikan oleh beberapa raja-raja Kesultanan Melayu Melaka dalam zaman pemerintahannya dengan jayanya. Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi empayar dan pusat Islam yang gemilang selama dua abad.