ENTRI DIALEK KELANTAN GASOR DARI ASPEK PENTAKRIFAN SEMANTIK

Authors

  • Noor Roza Hassan University Putra Malaysia
  • Hasnah Mohamad Adi University Putra Malaysia
  • Yasran Abdul Aziz University Putra Malaysia
  • Norazlina Haji Mohd Kiram University Putra Malaysia

Keywords:

Entri Dialek, Analisis Komponen Makna, Semantik, Penyusunan Kamus, Penilaian Semula

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat entri dialek Kelantan (DK) gasor dalam Kamus Dewan edisi Keempat (KD4) dari aspek semantik. Objektif kajian adalah mengenal pasti permasalahan bentuk pentakrifan entri (DK) dalam KD4, menghuraikan pentakrifan makna entri DK gasor dalam KD4 dan merumuskan pentakrifan baharu bagi entri DK gasor. Terdapat 30 orang informan yang merupakan penutur asli DK telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentakrifan entri DK gasor adalah kurang tepat dan telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna akibat kelingkaran makna, ketaksaan makna dan pertumpangtindihan makna bagi pentakrifan sesuatu entri, subentri dan frasa. Selain itu, Teori Analisis Komponen Makna (1975) yang telah digunakan dalam kajian ini juga dilihat mampu mengatasi permasalahan awal secara berpada.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Noor Roza Hassan, Hasnah Mohamad Adi, Yasran Abdul Aziz, & Norazlina Haji Mohd Kiram. (2024). ENTRI DIALEK KELANTAN GASOR DARI ASPEK PENTAKRIFAN SEMANTIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/540