METAFORA AL-’ISTICA:RAT AL-TAMTHI:LIYYAT DALAM HADIS RASULULLAH S.A.W

Authors

  • Mohamad Syukri Abdul Rahman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Haji Mohammad Seman Universiti Malaya

Keywords:

Metafora, Al-’Istica:rat al-Tamthi:liyyat, Hadis Rasulullah s.a.w.

Abstract

Hadis Rasulullah s.a.w pula merupakan jawamic al-kalim yang mempunyai ciri-ciri bahasa yang istimewa dan tersendiri. Para ulama semenjak zaman dahulu lagi mengambil berat dan memberi perhatian terhadap balaghah hadis. Bagaimanapun, kajian secara khusus mengenai balaghah al-hadith hanya ditemui setelah terbitnya kitab al-Majazat al-Nabawiyyah karangan al-Sharif al-Radiyy (359 – 406H). Beliau telah mengumpulkan sebanyak 360 hadis Nabi s.a.w dalam kitabnya dengan menjelaskan ciri-ciri al-Isticarah serta keindahan bahasa dan sastera yang unik lagi halus. Selain dari kitab tersebut, perbincangan tentang balaghah al-hadith juga ditemui pada kitab al-Fa’iq Fi Gharib al-Hadith karangan al-Zamakhshariyy dan kitab-kitab syarah hadis seperti cUmdah al-Qari karangan Imam Badruddin al-cAyni. Berdasarkan penyelidikan, penulis dapati kajian-kajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum ini kebanyakannya berkaitan balaghah al-Qur’an dan amat sedikit menyentuh tentang balaghah al-hadith. Berdasarkan perkembangan di atas, kajian ini akan cuba menganalisis al-’Istica:rat al-Tamthi:liyyat dalam beberapa hadis pilihan daripada kitab Riyad al-Salihin. Antara tujuan analisis tersebut adalah untuk melihat dengan lebih dekat keunikan al-’Istica:rat al-Tamthi:liyyat di dalam hadis Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan maksud kepada para pendengar. Dapatan kajian ini diharap akan menyumbang kepada perkembangan penghayatan ilmu hadis dan balaghah Arab di bumi Malaysia tercinta.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Mohamad Syukri Abdul Rahman, & Haji Mohammad Seman. (2024). METAFORA AL-’ISTICA:RAT AL-TAMTHI:LIYYAT DALAM HADIS RASULULLAH S.A.W. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/541