SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH BIN IDRIS AL FATANI: TOKOH ULAMA NUSANTARA ABAD KE 19: RIWAYAT HIDUP DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Kitab, Pendidikan, Agama Islam, Kesedaran, Kegigihan, Ikhlas, Iman, Taqwa, Karya

Abstract

Kajian ini berkaitan riwayat hidup dan peranan Syeikh Daud al-Fatani yang merupakan ulama’ yang memperjuangkan agama Islam dengan mata pena. Perjuangannya yang asasi adalah memantapkan fahaman aqidah umat berteraskan ahli sunnah wal Jamaah dan dalam mazhab Fiqhnya Shafie. Al-Fatani lebih cenderung menghasilkan penulisan ilmiah dengan menterjemah buku dan karya Bahasa Arab ke Bahasa Melayu yang digarap semula bersama sentuhan gaya bahasa klasik. Walaubagaimanapun, istilah dan gaya penulisan Arab masih dikekalkan supaya masyarakat dapat menjiwai karya-karyanya dengan lebih mendalam. Beliau telah menghasilkan dua karya pertamanya pada tahun 1809 masihi sewaktu beliau berumur 35 tahun. Semangat dan jiwa keislaman al-Fatani jelas terpancar didalam dirinya yang diasuh dan dididik dengan satu bentuk latihan keislaman seawal umurnya lapan tahun. Al Fatani adalah lambang seorang tokoh ulama yang uniq. Beliau lahir mempertahankan aqidah umat Islam yang dicabar oleh perubahan yang mula dibawa oleh penjajah Barat di kawasan Nusantara. Dalam masa ini banyak tokoh Islam muncul mempertahankan maruah umat Islam yang dijajah seperti Imam al-Shamil di Rusia, Sheikh Jamaluddin al Afghani, Sheikh Waliyullah al Dahlawi di India dan banyak lagi. Beliau adalah tokoh intelektual Melayu yang rendah diri tetapi mempunyai nilai keilmuan yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Adli Yaacob. (2024). SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH BIN IDRIS AL FATANI: TOKOH ULAMA NUSANTARA ABAD KE 19: RIWAYAT HIDUP DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/549