PENYESUAIAN SPEKTRUM PENDIDIKAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ASING PERINGKAT UNIVERSITI KETIKA COVID-19
Keywords:
Bahasa Arab, COVID-19, Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian, UniversitiAbstract
COVID-19 membawa perubahan terhadap spektrum pendidikan di Malaysia termasuk pendidikan bahasa Arab khususnya dari konteks pendekatan pembelajaran dan pengajaran bahasa yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Justeru, makalah ini melaporkan analisis penerimaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab secara dalam talian serta kekangan yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran tersebut. Selain itu, pandangan dari perspektif tenaga pengajar turut dikemukakan. Kajian pelbagai kes ini menggunakan kaedah temu bual secara platform maya yang direkod dan kemudiannya ditranskripsikan secara verbatim. Analisis tematik digunakan menerusi data yang diperoleh. Peserta kajian ini mempunyai latar belakang pelbagai jurusan dan mereka mempelajari bahasa asing bagi dua semester iaitu Arab I dan Arab II. Hasilan kajian ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal, pelajar tidak selesa mempelajari bahasa Arab secara dalam talian atas faktor-faktor tertentu. Menariknya, fasa penyesuaian berlaku apabila mereka mula menerima dengan pendekatan yang pelbagai. Di sebalik nuansa kekangan yang dihadapi pelajar dalam kajian ini, pelajar mengambil peranan mengatasinya. Tenaga pengajar turut memberikan pandangan berhubung isu ini dengan menekankan aspek penyesuaian. Kajian ini memberi implikasi pedagogikal yang mana pelajar perlu berusaha menggunakan platform pendidikan sedia ada dengan kreatif. Tenaga pengajar BA perlu mempelbagaikan pendekatan yang menarik perhatian pelajar untuk terus fokus dalam proses pembelajaran di sebalik kekangan yang ada.