PROJEK ‘ROAD TO OSCAR’: PEMBENTUKAN NARATIF DAN JATI DIRI BUDAYA SINEMA MALAYSIA KE ‘SINEMA OSCAR’

Authors

  • Ayu Haswida Abu Bakar Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Road to Oscar, Sinema Malaysia, Penceritaan Sinematik, Sinema Oscar, Sinema dan jati diri budaya

Abstract

Projek Road to Oscar, pelan tindakan yang dipertanggungjawabkan kepada FINAS oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada sidang akhbar 16 Jun 2020. Objektif utama, memastikan Sinema Malaysia berjaya diperingkat Anugerah Akademi atau Oscar dalam kategori International Feature Film Award. Menurut Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia), sebuah roadmap atau blueprint bersifat patriotism yang mengangkat alam budaya Melayu, selaras dengan dasar kreatif negara, dasar kerajaan dan etika penyiaran perlu direka. Filem Roh (2019) yang diilhamkan dari filem Jepun, Onibaba (1964), diinspirasikan ke dalam ruang dan waktu tema alam Melayu melalui mitos masyarakat alam Melayu, diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS (merangkumi penggiat industri filem tempatan profesional dan berpengalaman), mewakili Sinema Malaysia ke 93rd Academy Award (bulan April 2021 lalu). Pemilihan ini telah melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman Oscar. Sungguhpun begitu, Roh tidak berjaya disenaraikan pendekkan (12 terbaik). Justeru melalui kaedah kualitatif yang bersifat analisa kandungan, kajian ini akan menumpu kepada perbincangan elemen pencirian kerangka penceritaan sinematik atau naratif yang bersifat pembentukkan jati diri budaya Malaysia atau ‘Malaysian cultural identity’ yang berkonsepkan citarasa (look and feel) Oscar. Kajian ini akan menganalisa dua sampel perbandingan, filem Roh (2020) dan filem Parasite (2019, Korea Selatan) - Best International Feature Film Award yang ke 92 (2019).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Ayu Haswida Abu Bakar. (2024). PROJEK ‘ROAD TO OSCAR’: PEMBENTUKAN NARATIF DAN JATI DIRI BUDAYA SINEMA MALAYSIA KE ‘SINEMA OSCAR’. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/559