KONSEP DAN FALSAFAH SASTERA ISLAM MENGIKUT PROFESOR DR ALI HASJMY

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa
  • Mirza Farzana Muhammad Fauzi Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Karya Islam, Sastera Islam, Kesusasteraan Indonesia, Nafas Islam, Sarjana Islam, Prinsip Islam

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan konsep sastera Islam yang digagaskan oleh Ali Hasjmy. Beliau merupakan tokoh ulama, sasterawan dan ahli politik di Acheh, Indonesia. Pengkhususan beliau adalah di dalam bidang intelektual dan menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Dakwah IAIN Ar-Raniry Banda Acheh pada tahun 1968. Dalam karya-karya beliau, banyak menceritakan tentang peranan para sasterawan menerapkan unusr-unsur Islam dalam setiap karya mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung. Beliau juga banyak menceritakan tentang pengaruh Islam dalam karya-karya kesusasteraan Indonesia. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menjelaskan tentang pengertian Islam yang sebenar menurut pandangan ulama dan sarjana Islam. Beliau juga sangat menitik beratkan nafas Islam dalam setiap karya sastera dan mempunyai prinsip Islam yang tersendiri terhadap kesusateraan Indonesia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Adli Yaacob, & Mirza Farzana Muhammad Fauzi. (2024). KONSEP DAN FALSAFAH SASTERA ISLAM MENGIKUT PROFESOR DR ALI HASJMY. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/560