FALSAFAH DAN KONSEP SASTERA ISLAM OLEH HAMKA: SATU TINJAUAN RINGKAS TERHADAP BEBERAPA KARYANYA
Keywords:
Islam, Aqidah, Teori Dan Falsafah Serta Konsep Sastera, Kajian Bandingan, Deduksi, Karya, Keperibadian, PenulisanAbstract
Kertas kerja ini mengekstrak teori dan falsafah kesusasteraan HAMKA yang secara berterusan dijahit di dalam lambakan karyanya,dari sisi biodata dan penglibatan langsung HAMKA dalam bidang penulisan. Apabila diamati, tiada satu pun buku yang di tulis membicarakan teori sastera yang dipegangnya. Jesteru, nilai dan prinsip sastera HAMKA perlu diperhalusi secara mendalam pada setiap karyanya,seterusnya mengdeduksikan ke dalam kertas kerja. Kertas kerja ini umumnya mengenali latar belakang HAMKA dan beberapa karyanya termasuk novel. Secara spesifik;ia cuba mengupas konsep sastera, falsafah dan teori yang mempunyai unsur keislaman supaya menjadi panduan dan menambah nilai bingkai pandangan terhadap kajian-kajian mengenai sosok tubuh yang terkenal dan mengubah zaman ini. Apabila diamati, jelas kepada pembaca hari ini jalur pemikiran Islam yang berteraskan aqidah yang luhur terpancar dalam karya karyanya. Andainya dalam menetapkan 'konsep sastera Islam' sering diperdebatkan isu karya dan peribadi pengkarya yang tidak seimbang; iaitu seringkali terdapat penulis yang memperkatakan tentang Islam dan isi yang padat dengan falasafah kebaikan dan unsur ketuhanan tetapi kadang kala pengkaryanya tidak memiliki akhlak dan keperibadian yang seimbang dengan karyanya. Maka dalam hal ini,HAMKA adalah contoh yang terbaik; kesimbangan diantara keperibadiannya sebagai seorang yang bergelar ulama yang tersohor dan dihiasi dengan keperibadian yang tinggi, dan isi isi falsafah kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam setiap karyanya, serta nilai ilmiah yang tinggi yang ditampilkan dalam penulisannya mempunyai 'standard' yang tersendiri. Sehingga keseluruhan karya karyanya adalah cerminan terhadap ketinggian nilai sastera dan Bahasa Melayu sehingga ke hari ini.