PERBANDINGAN ANTARA KARYA NOVEL; “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK” OLEH HAMKA DAN “MAJDULIN” OLEH AL-MANFALUTHI: BENARKAH HAMKA MENCIPLAK KARYA AL-MANFALUTHI?
Keywords:
Sasterawan, Karya, Watak, Plot, Ciplak, Aspek Bahasa, Latar, Pemikiran, Falsafah, PengaruhAbstract
Kertas kerja ini secara khusus mengkaji pengaruh Novel Majdulin oleh al-Manfaluthi keatas Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh HAMKA. Novel al-Majdulin merupakan satu karya yang mashur yang telah diterjemahkan kedalam Bahasa Arab, karya asalnya dalam Bahasa Perancis ditulis oleh Alphonse Karr. Sebahagian dari pengkritik sastera berpendapat hasil terjemahan dari al-Manfaluthi ini lebih baik dari karya asal. Ini mungkin disebabkan pengaruh penggunaan 'uslub balagah' dan 'style of writing' dalam Bahasa Arab, disamping kekuatan keperibadian al-Manfaluthi dalam arena penulisan. Jesteru, rujukan utama dalam kajian bandingan ini ialah novel terjemahan al-Manfaluthi tidak novel asal yang ditulis Alphonse Karr. Watak utama dari novel ini ialah Steven dan Majdulin (Magadelena). Manakala Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah Novel Karya Hamka. Novel ini barangkali boleh dijulang sebagai 'masterpiece' Hamka dalam bidang kesusasteraan berbanding novel novelnya yang lain. Ini kerana, novel ini telah melonjak nama HAMKA sebagai sasterawan. Watak utama dari novel ini ialah Zainuddin dan Hayati.Tuntasnya, kajian ini, membandingkan aspek aspek yang ada persamaan diantara keduanya; baik dari aspek bahasa, plot, watak dan latar. Apabila dikaji, meskipun terdapat pengaruh dalam pelbagai aspek dalam novel 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' karya HAMKA.HAMKA berjaya menampilkan 'style of writing' yang cemerlang dengan menampilkan watak, plot, latar, ungkapan bahasa, falsafah dan pengajaran yang menepati suasana tempatan. Walaupun terdapat mereka yang tidak sealiran dengan HAMKA, mengkritik dan menuduhnya sebagai penciplak. Menerusi novel ini, HAMKA dengan kekuatannya yang tersendiri sebagai penulis tetap menampilkan keistimewaan yang luar biasa sebagai sasterwan yang menyerlahkan keperibadianya sebagai penulis yang hebat. HAMKA telah terdedah dengan karrya karya barat yang diterjemahkan kedalam Bahasa Arab. Menerusi pembacaan dari karya karya ini dan memiliki bakat yang istemewa serta mempunyai 'himmah' dan cita cita yang tinggi, dengan izin Allah HAMKA telah membentuk dirinya menjadi penulis yang hebat.